Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

Album baru Esther Applunius

30 April 2010

(New Sabah Times) PASTINYA ramai peminat kepada pemenang tempat kedua program Realiti TV, One In A Million (OIAM) musim ke-3, Elizabeth Esther Applunius, menantikan album terbaru daripada penyanyi ini.

Justeru setelah agak lama menyepi, beliau yang lebih dikenali sebagai Esther muncul dengan album keduanya berjudul Selalu, memuatkan lapan buah lagu dengan pelbagai bahasa iaitu Bahasa Malaysia, English, Cina dan Kadazandusun.

Menurut Esther album ini dijangka akan dilancarkan pada 30 April ini (esok) di Kota Kinabalu, dan tambahnya pada tarikh yang sama beliau turut mengadakan promosi albumnya itu di daerah Lahad Datu bertempat di Dewan Perdana sempena Gala Night.

Dan kemudiannya, pada 1 Mei pula, beliau dijangka akan mengadakan pertemuan iaitu makan malam bersama Fan Clubnya di Hotel Eksekutif, di Lahad Datu.

“Mengenai album ini, hampir kebanyakkan lagu ialah hasil ciptaan saya sendiri. Dan saya berharap ianya akan mendapat sambutan daripada peminat,” katanya ketika berkunjung ke pejabat New Sabah Times baru-baru ini.

“Dan dengan kemunculan album ini juga, diharap dapat menyerikan lagi hiburan seni tempatan kita di Sabah ini,” tambahnya.

Menurutnya lagi, apa yang istimewanya mengenai album kedua ini berbanding album pertama, peminat juga boleh memiliki album berbentuk MTV Karaoke. Album MTV ini merupakan idea asal serta arahannya.

Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini selain lagu Selalu yang dijangka hits dan merupakan satu-satunya lagu Melayu, ialah termasuklah lagu dalam Kadazandusun iaitu Pinupusan Sogigisom, Ounsikou Zou Id Toningnu, Miilang Kito Koposion, Pagarason Ku Ginawo dan Lamazo Tokou Kaamatan.

Dua lagu lagi ialah lagu English berjudul Miss You Very Strong dan lagu dalam bahasa Cina, Zhou Chien.

Peminat boleh mendapatkan albumnya dalam bentuk CD dan MTV dengan harga berpatutan CD RM21.90 manakala MTV RM25.90.

0 komen:

Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP