Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

Album baru Esther Applunius

30 April 2010

(New Sabah Times) PASTINYA ramai peminat kepada pemenang tempat kedua program Realiti TV, One In A Million (OIAM) musim ke-3, Elizabeth Esther Applunius, menantikan album terbaru daripada penyanyi ini.

Justeru setelah agak lama menyepi, beliau yang lebih dikenali sebagai Esther muncul dengan album keduanya berjudul Selalu, memuatkan lapan buah lagu dengan pelbagai bahasa iaitu Bahasa Malaysia, English, Cina dan Kadazandusun.

Menurut Esther album ini dijangka akan dilancarkan pada 30 April ini (esok) di Kota Kinabalu, dan tambahnya pada tarikh yang sama beliau turut mengadakan promosi albumnya itu di daerah Lahad Datu bertempat di Dewan Perdana sempena Gala Night.

Dan kemudiannya, pada 1 Mei pula, beliau dijangka akan mengadakan pertemuan iaitu makan malam bersama Fan Clubnya di Hotel Eksekutif, di Lahad Datu.

“Mengenai album ini, hampir kebanyakkan lagu ialah hasil ciptaan saya sendiri. Dan saya berharap ianya akan mendapat sambutan daripada peminat,” katanya ketika berkunjung ke pejabat New Sabah Times baru-baru ini.

“Dan dengan kemunculan album ini juga, diharap dapat menyerikan lagi hiburan seni tempatan kita di Sabah ini,” tambahnya.

Menurutnya lagi, apa yang istimewanya mengenai album kedua ini berbanding album pertama, peminat juga boleh memiliki album berbentuk MTV Karaoke. Album MTV ini merupakan idea asal serta arahannya.

Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini selain lagu Selalu yang dijangka hits dan merupakan satu-satunya lagu Melayu, ialah termasuklah lagu dalam Kadazandusun iaitu Pinupusan Sogigisom, Ounsikou Zou Id Toningnu, Miilang Kito Koposion, Pagarason Ku Ginawo dan Lamazo Tokou Kaamatan.

Dua lagu lagi ialah lagu English berjudul Miss You Very Strong dan lagu dalam bahasa Cina, Zhou Chien.

Peminat boleh mendapatkan albumnya dalam bentuk CD dan MTV dengan harga berpatutan CD RM21.90 manakala MTV RM25.90.

Read more...

Intro to "Cuci" The Musical

04 Oktober 2009



Read more...

Esther mula berlatih untuk teater "Cuci The Musical"

19 Ogos 2009

Oleh Lovelady
lovenie05@yahoo.com

Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, Esther telah berjaya menjadi salah seorang tunggak utama di dalam teater "Cuci The Musical" terbitan Hans Isaac yang akan dipentaskan pada penghujung Oktober 2009.

Dan bermula pada petang ini (19 Ogos 2009), Esther akan memulakan latihannya. Ia dijangka berterusan selama 3 bulan.

Komited (memberi perhatian serius) dengan single terbaru

Dalam perkembangan lain, Esther kini sedang menyusun muzik bagi single terbarunya yang mana lagu dan lirik dicipta oleh beliau sendiri berjudul "Chantekkah?". Menurut Esther, beliau mendapat ilham untuk menghasilkan lagu/lirik lagu ini daripada pengalaman hidup beliau sendiri. Bagaimanakah agaknya "rupa" lagu berjudul "Chantekkah?" ini, sama-sama kita tunggu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

As been told before, Esther finally made out to be one of the 'main role' in Hans Isaac newest theater titled 'Cuci The Musical' that will be staged by the end of October 2009.


By this time, Esther has already started her practice by 19 August 2009 (this evening) and it continues for about 3 months.



Committed with a new single



In the other hand, Esther was arranging the music for her new single, 'chantekkah?' in which the lyrics and song was composed by herself. Esther said, her own life experience was the thing that inspired her to compose the song. Well, how 'chantekkah?' will impress us..? just wait and see.

Read more...

Esther @ TV2 pagi ni

12 Ogos 2009

Esther Applunius akan membuat persembahan secara "live" di TV2 pagi ini dalam rancangan HELLO ON TWO (HOT). Beliau dijangka akan membuat 2 kali persembahan iaitu pada jam 8.00 pagi (Tomorrow Never Dies) dan 8.30 pagi (Superwoman).

Read more...

Esther @ Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009

24 Julai 2009

Esther Applunius akan membuat persembahan secara live di RTM sempena Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009 yang akan disiarkan melalui saluran TV 2 (Dunia Ria) jam 8.30 malam.

Esther akan menyanyikan sebuah lagu berjudul "Quando,quando,quando" berduet dengan seorang penyanyi lelaki. Jangan lupa menonton!.

Read more...

Esther @ Kaamatan Puchong, Selangor

06 Julai 2009










Foto-foto oleh : Yan Josep dan Gee Tr



Video oleh : Sylvia Kowiee

Read more...

Gambar-gambar Esther @ RTM

02 Julai 2009









Kredit : Sam Kassim

Read more...

Esther @ Pelancaran "KL Festival 2009" esok (siaran langsung)

27 Jun 2009

Saksikan persembahan Esther di Majlis Pelancaran KL Festival pada malam esok, secara langsung di TV1,TV2 atau Saluran 108 Astro (saluran belum ditentukan). Pelancaran akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Artis-artis lain yang akan terbabit adalah Noryn Aziz, Datuk David Arumugam, Daniel Malaysian Idol dan Bob AF.

Read more...

Esther - 11 tahun kemudian

23 Jun 2009

Read more...

Gathering EFC Semenanjung (disiarkan secara langsung oleh Sabahan FM)

05 Jun 2009

Terdapat satu cadangan untuk mengadakan satu mini gathering EFC Semenanjung bersama:-

(i) Kelab Peminat Jo-Anna Bintang RTM 2009;

(ii) Kelab Buli Ba Kalu Kau (BBKK) Malaysia; dan
(iii) Kelab-kelab peminat selebriti AF, Mentor, OIAM, BRTM, MyStarz dari Sabah.

Pada tarikh dan masa berikut, yang mana akan turut disiarkan secara langsung oleh radio online terfemes di Borneo - Sabahan FM!(bersama DJ Jason) di www.sabahan.fm


Tempat : Satu tempat yang mempunyai kemudahan wifi, Kuala Lumpur

Tarikh dan masa : Ahad, 21 Jun 2009

Mohon komen/cadangan balas dari anda semua, khususnya yang berada di Semenanjung.

Hubungi TanakwaguKL (018-369 1369) atau Aris Jo (019-341 4340)

Read more...
Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP