Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

Intro to "Cuci" The Musical

04 Oktober 2009



Read more...

Esther mula berlatih untuk teater "Cuci The Musical"

19 Ogos 2009

Oleh Lovelady
lovenie05@yahoo.com

Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, Esther telah berjaya menjadi salah seorang tunggak utama di dalam teater "Cuci The Musical" terbitan Hans Isaac yang akan dipentaskan pada penghujung Oktober 2009.

Dan bermula pada petang ini (19 Ogos 2009), Esther akan memulakan latihannya. Ia dijangka berterusan selama 3 bulan.

Komited (memberi perhatian serius) dengan single terbaru

Dalam perkembangan lain, Esther kini sedang menyusun muzik bagi single terbarunya yang mana lagu dan lirik dicipta oleh beliau sendiri berjudul "Chantekkah?". Menurut Esther, beliau mendapat ilham untuk menghasilkan lagu/lirik lagu ini daripada pengalaman hidup beliau sendiri. Bagaimanakah agaknya "rupa" lagu berjudul "Chantekkah?" ini, sama-sama kita tunggu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

As been told before, Esther finally made out to be one of the 'main role' in Hans Isaac newest theater titled 'Cuci The Musical' that will be staged by the end of October 2009.


By this time, Esther has already started her practice by 19 August 2009 (this evening) and it continues for about 3 months.



Committed with a new single



In the other hand, Esther was arranging the music for her new single, 'chantekkah?' in which the lyrics and song was composed by herself. Esther said, her own life experience was the thing that inspired her to compose the song. Well, how 'chantekkah?' will impress us..? just wait and see.

Read more...

Esther @ TV2 pagi ni

12 Ogos 2009

Esther Applunius akan membuat persembahan secara "live" di TV2 pagi ini dalam rancangan HELLO ON TWO (HOT). Beliau dijangka akan membuat 2 kali persembahan iaitu pada jam 8.00 pagi (Tomorrow Never Dies) dan 8.30 pagi (Superwoman).

Read more...

Esther @ Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009

24 Julai 2009

Esther Applunius akan membuat persembahan secara live di RTM sempena Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009 yang akan disiarkan melalui saluran TV 2 (Dunia Ria) jam 8.30 malam.

Esther akan menyanyikan sebuah lagu berjudul "Quando,quando,quando" berduet dengan seorang penyanyi lelaki. Jangan lupa menonton!.

Read more...

Esther @ Kaamatan Puchong, Selangor

06 Julai 2009










Foto-foto oleh : Yan Josep dan Gee Tr



Video oleh : Sylvia Kowiee

Read more...

Gambar-gambar Esther @ RTM

02 Julai 2009









Kredit : Sam Kassim

Read more...

Esther @ Pelancaran "KL Festival 2009" esok (siaran langsung)

27 Jun 2009

Saksikan persembahan Esther di Majlis Pelancaran KL Festival pada malam esok, secara langsung di TV1,TV2 atau Saluran 108 Astro (saluran belum ditentukan). Pelancaran akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Artis-artis lain yang akan terbabit adalah Noryn Aziz, Datuk David Arumugam, Daniel Malaysian Idol dan Bob AF.

Read more...

Esther - 11 tahun kemudian

23 Jun 2009

Read more...

Gathering EFC Semenanjung (disiarkan secara langsung oleh Sabahan FM)

05 Jun 2009

Terdapat satu cadangan untuk mengadakan satu mini gathering EFC Semenanjung bersama:-

(i) Kelab Peminat Jo-Anna Bintang RTM 2009;

(ii) Kelab Buli Ba Kalu Kau (BBKK) Malaysia; dan
(iii) Kelab-kelab peminat selebriti AF, Mentor, OIAM, BRTM, MyStarz dari Sabah.

Pada tarikh dan masa berikut, yang mana akan turut disiarkan secara langsung oleh radio online terfemes di Borneo - Sabahan FM!(bersama DJ Jason) di www.sabahan.fm


Tempat : Satu tempat yang mempunyai kemudahan wifi, Kuala Lumpur

Tarikh dan masa : Ahad, 21 Jun 2009

Mohon komen/cadangan balas dari anda semua, khususnya yang berada di Semenanjung.

Hubungi TanakwaguKL (018-369 1369) atau Aris Jo (019-341 4340)

Read more...

Esther @ Nexus Karambunai

31 Mei 2009

Esther telah membuat lawatan ke tempat kerja lama beliau - Horizon Lobby Lounge, Nexus Karambunai pada malam 28 Mei 2009.

Bersama kakitangan Horizon Lobby Lounge, Salbiah dan Faezah


Bersama "penyanyi tetap dan berpencen" (Esther yang cakap aar...) -  Syikin (Top 20 OIAM 3) dan Linda (pengganti kedua Esther)

*Gambar diterima melalui MMS.


Read more...

Kontrak Esther mengelirukan

28 Mei 2009

Sumber : KOSMO!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


KETIKA juara One In A Million 3 (OIAM 3), Tomok atau Shah Inderawan Ismail sibuk dengan perjalanan seninya di bawah kendalian syarikat pengurusan Monkeybone, lain pula yang berlaku kepada finalis yang juga merupakan naib juara program realiti tv itu, Esther atau nama sebenarnya Elizabeth Applunius Chin.


Ada khabar angin yang mengatakan gadis kelahiran Sabah itu masih lagi terkapai-kapai dengan kariernya. Malah, sejak tamat OIAM 3, Esther belum pernah lagi melakukan sebarang persembahan pentas.


Dia juga dikatakan terpaksa menandatangani kontrak di bawah syarikat Monkeybone selama enam tahun dengan hanya menggunakan sebuah single baru yang telah pun dinyanyikan Esther pada malam final OIAM3.


Lebih menyukarkan pergerakan gadis ini, dia harus berdepan dengan prosedur untuk tidak mengambil sebarang undangan nyanyian luar yang di luar bidang kuasa Monkeybone dan stesen 8TV.


Disebabkan masalah yang sama juga, peserta tempat ketiga OIAM 3, Aweera membuat keputusan bergerak sendiri tanpa bantuan Monkeybone.


Bertanyakan tentang hal tersebut kepada Esther, dia terdiam seketika. Seperti mahu menyusun kata-katanya agar tidak mengecilkan hati sesiapa.


"Saya pun tak tahu bagaimana nak cakap sebab perkara ini masih belum jelas lagi.

Photobucket

"Buat masa ini saya tidak menandatangani sebarang kontrak kerana masih keliru dengan isi kandungannya sebab ada beberapa perkara yang saya tidak berpuas hati dengan syarat-syarat yang diberikan.


"Rasa seperti terkejut bila membaca kontrak itu, dengan hanya mempunyai sebuah single, saya kena ikat kontrak selama enam tahun. Dan kontrak itu saya terima sebelum final OIAM 3 lagi.


"Tapi setakat ini memang saya kurang faham dengan isi kontrak berkenaan dan saya perlu merujuk pada keluarga saya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.


"Kontrak itu berkaitan dengan lagu single baru yang saya nyanyikan pada konsert final itu. Yang peliknya, saya belum tandatangan kontrak apa-apa lagi, tapi sudahpun dijual, macam mana?" ujarnya.


Tambah Esther, belum sempat lagi menandatangani kontrak tersebut, kontrak baru pula yang muncul.


"Kontrak itu diubah dari enam tahun kepada enam bulan pula. Jika saya 'tidak laku' di pasaran, kontrak itu mungkin akan terhenti setakat itu sahaja," ujarnya dengan nada buntu.


Selain itu, ketika membuat perbincangan mengenai konsep album pula, pendapat Esther seperti tidak mahu diterima.


Cadangan yang diberikan Esther untuk menampilkan konsep muzik soulful pop bagaimanapun dikatakan tidak sekata dengan trend muzik tempatan kini.


"Saya mahu membuat lagu jenis muzik Amy Winehouse tetapi diberi sedikit elemen tempatan kerana rentak jenis itu masih belum ada lagi di Malaysia.


"Tetapi mereka seperti kurang yakin dengan apa yang saya mahukan. Pihak TV8 mengatakan album saya tidak akan laku jika membawakan muzik seperti ini.


"Sepatutnya kita perlu mencuba sesuatu yang baru. Saya dapat lihat yang mereka tidak berpuas hati dengan cadangan saya. Mereka pun tidak beritahu saya pun konsep yang bagaimana mereka inginkan," tuturnya.


BUAT PERSEMBAHAN TANPA DIBAYAR


Berhijrah ke kota metropolitan yang segala-galanya perlukan wang dalam setiap pergerakan, membuatkan gadis ini terpaksa menerima keadaan susah demi cintanya pada muzik.



Apalagi bila bersendirian tanpa keluarga di sisi, agak sukar untuk Esther memulakan kehidupan baru di kota yang penuh dengan pancaroba ini.


Namun, sedikit tekanan yang dihadapinya kerana hingga kini, dia langsung tidak menerima sebarang undangan nyanyian. Malah, pihak Monkeybone juga dilihat lebih fokus pada Tomok sehingga mengabaikan dua finalis itu.


"Buat masa ini memang saya tiada sebarang undangan nyanyian tetapi untuk bulan hadapan, sudah ada beberapa undangan di Sabah.


"Memang pihak Monkeybone memberi peluang kerja kepada saya untuk membuat persembahan. Tetapi itu semua dibuat secara percuma tanpa bayaran kerana ia adalah satu permulaan untuk promosi kerjaya saya.


"Saya tidak kisah. Cuma bila berpindah ke sini, saya perlukan hasil pendapatan untuk menampung kos sara hidup saya di sini. Sampai bila nak macam ini.


"Saya tak kisah dibayar cara token buat sementara waktu. Maklumlah, kita pun kena fahamkan sebagai orang baru, orang tak kenal sangat dengan bakat yang kita ada," luahnya.


TAKUT DIAMBIL KESEMPATAN


Jujurnya, jika mahu ikutkan hati, Esther lebih selesa jika kariernya diuruskan oleh Monkeybone sendiri. Bukan mahu mengampu, cuma keadaannya yang masih terumbang-ambing dengan kontrak yang masih menjadi persoalan membuatkan dirinya buntu.



Malah bergerak sendiri atau mencuba ke label lain juga boleh memberi kesan terhadapnya jika tersilap langkah.


"Memang saya banyak menerima tawaran untuk mengikat kontrak dengan label luar, tetapi saya kurang yakin sedikit.


"Terus-terang saya katakan, saya takut jika diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sebab itu saya memerlukan orang yang biasa dengan saya sebelum ini.


"Kalau boleh biarlah Monkeybone yang uruskan. Cuma saya mahu sedikit kelonggaran dalam syarat-syarat yang ditentukan dalam kontrak tersebut.


"Rasanya ia masih boleh dirunding lagi. Sebab memang ada syarat-syarat yang sedikit tidak relevan," katanya.


Bagaimanapun, kata Esther lagi, dengan keadaan yang bagaikan 'terabai' ini, dia tidak pernah menyesal dengan pertandingan yang disertainya.


"Saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya buat sepanjang OIAM 3. Cuma kecewa sedikit dan dilema ke mana arah tuju saya.


"Inilah realiti kehidupan seorang artis yang terpaksa ditempuhinya dahulu sebelum mendapat kemanisan dalam kerjaya," ujarnya lagi.

Read more...

Gambar-gambar Esther di LTAKK & Majlis ramah mesra dengan EFC Kg Kopungit

24 Mei 2009



Esther bersama finalist Sugandoi 2009 (Pertandingan nyanyian tahunan di sabah)








Hidangan untuk ahli-ahli Esther Fan Club, Kg Kopungit




(DARI KIRI BERDIRI) Presiden EFC-Sdra Thomas, Mrs Abaldo, mak Esther, Esther dan abang Esther - Charlrossi



Video di bawah ini tiada kaitan dengan sambutan di atas.  Pihak admin menemuinya baru-baru ni juga.  Ternyata Esther mempunyai bakat menyanyi yang luarbiasa sejak kecil lagi.  Esther pernah menjuarai pertandingan nyanyian "Bintang Kecil" peringkat Kebangsaan.
 

Video Esther pada tahun 1998

Read more...
Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP