Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

Esther Tidak Berpatah Balik

30 April 2009



Selepas kegagalan sebanyak empat kali di ‘Akademi Fantasia’, adakah kali ini Esther berjaya merangkul gelaran juara di musim ketiga ‘One In A Million’? Mungkin ada yang melihat pencapaiannya sehingga ke Top 3 sesuatu yang patut dibanggakan. Kerana, seperti yang didedahkan anak kelahiran Sabah ini, belum pernah lagi sehingga kini dimana-mana pertandingan yang disertainya dapat dia “tembus hingga ke Kuala Lumpur”.

Mula menyanyi sejak dia berusia sembilan tahun, Esther mengambil masa tiga tahun untuk membina keyakinan dirinya sebelum dirasakan layak untuk bertanding di OIAM. Menurutnya ketika itu, repertoire lagu Bahasa Inggeris dan Melayu-nya tidak mencukupi untuk menyertai OIAM.

Nampaknya, berbaloi juga usaha Esther yang bakal mendendangkan lagu Rihanna “Please Don’t Stop The Music” dan karya Sharon Paul, “Mimpi” pada malam kemuncak OIAM3.

Apa yang dirasakan kelebihan Esther berbanding Tomok dan Aweera?

Suara saya kerana belum lagi ada persamaan dengan orang lain. Dari segi persembahan, saya tak suka serius sangat. Untuk Grand Finale nanti, saya akan lebih menumpukan pada vokal dan persembahan. Tiada gimik. Saya juga telah koreograf satu persembahan tarian untuk lagu kedua saya.

Adakah dirasakan sebab Esther satu-satunya finalis perempuan ini memberikan anda satu advantage?

Saya kurang pasti jika disebabkan saya finalis perempuan yang terakhir ia memberikan saya kelebihan kerana orang luar yang tentukan.

Apa pandangan Esther terhadap saingan anda, Tomok dan Aweera?

Saya memang kagum dengan Tomok sejak sesi ujibakat lagi bila dimintanya bantuan saya cara membawa lagu balada. Saya terkejut dia mampu membawa lagu genre sedemikian kerana sepertimana yang ramai tahu, lagu yang dibawanya sebelum ini dengan New Boyz amat berbeza.Tak dinafikan kelebihan Aweera adalah pada kemampuannya membawa not yang tinggi.

Siapa pilihan Esther untuk menang OAIM3 jika tahun ini bukan rezeki Esther?

Tomok

Ada khabar angin mengatakan Esther akan dijadikan juara.

Pada saya, keputusan akhir belum diketahui lagi. Tomok dan Aweera juga mempunyai peluang yang besar untuk memenangi wang RM1juta itu. Bila dilihat, pada minggu pertama, ya, saya berada di tangga atas tetapi selepas itu, Tomok dan Aweera juga berjaya menduduki tempat pertama di tangga undian.

Perancangan selepas OIAM3 jika tidak menang?

Iya-lah, keputusan ini yang benar-benar menakutkan saya. Saya memang kecewa jika saya tidak menang, tapi saya tidak akan patah balik ke Sabah. Saya akan teruskan dengan usaha untuk mencapai cita-cita saya kerana syukur, disebabkan OIAM saya sudah dikenali. Saya akan cuba keluarkan single walaupun setakat ini belum lagi menerima tawaran mana-mana syarikat rakaman.

Read more...

1000 (Satu Ribu) Tiket Percuma

29 April 2009

EFC diperuntukkan sebanyak 1000 tiket masuk percuma untuk Konsert Grand Finale nanti.

Kepada yang belum membuat pesanan, sila hubungi Koordinator EOFC; Aris Jo Alias (019-341 4340) ATAU Adrin @ TanakWaguKL (018-369 1369).

Tiket-tiket akan diberikan oleh Koordinator EOFC di pintu masuk Stadium Melawati. Sila berada di perkarangan stadium sebelum jam 7.30 malam kerana menurut pihak 8TV, pintu-pintu masuk akan ditutup tepat jam 7.30 malam!.

Read more...

PENGUMUMAN PENTING UNTUK EFC

25 April 2009

KONSERT GRAND FINALE

Kepada semua ahli EFC yang ada akses internet, anda diminta masuk ke laman web 8TV. Sila klik DI SINI dan pilih sama ada anda mahu Top 2 atau Top 3 beraksi di konsert Grand Finale (GF) nanti.

Harus diingatkan bahawa, sekiranya anda memilih Top 3, maka:-

(i) Tiada penyingkiran akan dibuat di permulaan Konsert GF; dan

(2) Segala undian yang terkumpul sejak jam 10.30 malam, Jumaat lepas (24 April) sehingga 9.30 malam Jumaat depan (1 Mei) akan diambilkira bagi menentukan juara.

SEBALIKNYA, sekiranya anda memilih Top 2, maka:-

(1) Akan ada penyingkiran sebelum Konsert GF; dan

(2) Undian kita selama satu minggu iaitu sejak jam 10.30 malam, Jumaat lepas (24 April) sehingga 9.30 malam Jumaat depan (1 Mei) akan di"reset"(dikosongkan semula) dan untuk menentukan juara, proses undian semula akan dibuat sepanjang siaran langsung GF.

OLEH ITU, UNTUK MENGELAKKAN PEMBAZIRAN, SEMUA AHLI EFC DIMINTA MEMILIH "TOP 3" dan teruskan mengundi seperti biasa, taip YES ESTHER dan hantar ke 33399


ESTHER AKAN MENYANYIKAN LAGU CIPTAAN SHARON PAUL


Untuk pengetahuan anda semua, di Konsert GF nanti, Esther akan menyanyikan sebuah lagu baru berentak "Power ballad" ciptaan komposer terkenal Sharon Paul. Tajuk lagu masih belum ditentukan oleh Sharon.


LATIHAN MENARI



Photobucket


Inilah guru-guru tarian Esther yang juga merupakan ahli EFC. (Dari kiri) Nisi,Marryun dan Ella.



UNDI, UNDI DAN UNDI TERUS!!!



Laporan Oleh Bip Blessie (Wartawan EOFC Di Sabah)


EFC Sabah telah memulakan secara besar-besaran aktviti kempen mengundi “YA ESTHER” di seluruh Sabah.

Keluarga Esther dan pengurusan EFC merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada (i) YB Datuk Ghulam Badar Khan kerana sudi memberikan sponsor kepada penduduk Kg Padawan, Kg Titimboungon dan Kg Kinuta, Papar; (ii) Timbalan Ketua Menteri Sabah @ Huguan Siou, YB Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan Encik Nayan atas pemberian sponsor kepada penduduk Tambunan; (iii) Beberapa individu yang bermurah hati memberikan bantuan kepada peminat Esther di kawasan Ranau; (iv) Puteri UMNO Sabah; dan semua dermawan yang sedang berusaha merealisasikan impian Esther (dan visi EFC) untuk dinobatkan sebagai JUARA OIAM musim ke-3.

Usaha terus-menerus serta kerjasama padu semua pihak amat diperlukan untuk kita mencapai visi ini.

Read more...

Konsert Ke - 10 (Top 3) : Membawakan Semula 2 Lagu Hasil Daripada Persembahan Terbaik Pada Konsert Lalu.

Better In time


I Won't Go Home Without You




















Read more...

Undian untuk peserta OIAM 3 disekat?

24 April 2009

Sejak awal pagi ini, undian sama ada YA/YES atau TIDAK/NO kepada peserta OIAM 3 tidak mendapat pengesahan daripada syarikat telekomunikasi (sama ada telah diterima atau belum).

Mungkin telah berlaku gangguan teknikal/kesesakan dalam talian, maklumlah para peminat OIAM 3 sedang berusaha menyelamatkan peserta kegemaran masing-masing. Admin blog telah cuba menghubungi syarikat yang mengendalikan undian di nombor 03-2080 3366, namun panggilan tidak berjawab.

Walau bagaimanapun, admin blog dimaklumkan bahawa di beberapa kawasan tertentu, seperti di Tambunan, pengesahan undian masih boleh diterima.

Kepada semua pengundi Esther yang masih boleh mengundi, sila gandakan undian anda!.

Read more...

JOM kita HANTAR Esther ke FINAL!!!

18 April 2009



BAGI PIHAK Esther OIAM 3 dan keluarga serta pengurusan Esther Fan Club, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan padu, semangat, usaha serta pengorbanan anda dari segi wang, tenaga dan masa sehingga Esther berjaya ke peringkat ini. Kami percaya anda telah menilai Esther berdasarkan bakat, kegigihan serta peningkatan prestasi Esther setiap minggu. Kita semua tahu yang beliau telah berusaha untuk memberikan kelainan dan juga menghiburkan penonton yang berada di Sri Pentas 2 dan lebih - lebih lagi kepada peminat di luar. Begitulah impian sebenar Esther.

KINI hanya tinggal 4 peserta sahaja lagi dan 1 penyingkiran terakhir akan berlaku pada hari Jumaat, 24 April 2009. Konsert Akhir akan berlangsung pada 1 Mei 2009. Para peminat, penyokong dan pengundi Esther, anda telah menyelamatkan Esther OIAM3 sepanjang beberapa minggu ini dan Esther juga telah berjaya memberikan persembahan terbaik beliau sehingga diberikan imuniti sebanyak dua kali (pengundi telah dijimatkan kredit atas usaha Esther sendiri). Marilah kita terus menghantar Esther sehingga ke Konsert Akhir dan seterusnya merebut hadiah bernilai RM1juta. Bak kata pepatah, “Alang – alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara api, biar sampai jadi arang!. KITA TELAH HAMPIR MENGHANTAR ESTHER KE FINAL. Jangan biarkan Esther tersingkir di minggu kesepuluh!!. Cukuplah sekali kita melihat Esther berada dalam kelompok "bottom three" pada konsert ke-8 yang lalu. Semoga ini telah menjadi pengajaran kepada kita semua.

KITA JUGA menyedari banyak pujian, kritikan serta kutukan yang diberikan dan tidak kurang juga tulisan – tulisan dari pihak akhbar yang cuba merendah – rendahkan bakat serta keberadaan Esther. Namun terbukti anda tetap dengan pendirian anda, setia menyokong Esther dan tidak mudah terpengaruh. Syabas diucapkan!. Para peminat Esther sebenarnya bukan sahaja datang dari negeri kelahiran Esther, iaitu Sabah tetapi juga dari seluruh Malaysia. Ramai yang telah melawat blog EOFC serta memberikan kata – kata semangat untuk beliau. Esther juga seorang yang terbuka dan bersedia menerima sebarang komen dan cadangan membina dari para peminat.

Merujuk kepada respons beliau terhadap salah seorang pengkritik semasa beliau menyanyikan lagu "Lagenda", ia bukanlah kasar, kurang sopan atau biadap seperti yang ditulis di dalam surat khabar. "Well", kita semua lebih arif dan lebih mengenali Esther.

KAMI mendorong serta mengalu – alukan semua peminat/penyokong/pengundi untuk terus bersatu menyokong dan menghantar undian untuk Esther. Sebarang pendapat untuk menaikkan lagi undian Esther OIAM3 adalah digalakkan untuk dikongsi bersama di forum http://esther-oiam.activeboard.com/ atau mesej ke esther_fc@yahoo.com

SEKALI LAGI, jutaan terima kasih kepada anda semua.

JOM KITA SAMA-SAMA HANTAR ESTHER KE FINAL!.

Apa tunggu lagi, teruskan mengundi, taip

YA ESTHER dan hantar ke 33399 ATAU YES ESTHER and send to 33399.



Gambar-Gambar Esther @ Kota Kinabalu Semasa Sesi Penggambaran VT pada 19 April 2009



Ini dia rumah EFC Kolopis merangkap EFC KK


Ini dia saudara - mara, penyokong dan pengundi Esther


Orang kuat, wahhh!!!!


Esther diapit oleh kakaknya dan machoman, aiseh...


"Ini sup sadap ni Ganesh, try la...." Kata Esther kpd Ganesh 8tv, hihi!


Esther bersama kakaknya dan orang kuat Esther jugak..


Esther bersama keluarga dan Ganesh 8TV menjamu selera d Hyatt Regency Hotel KK


Wah!... sempat lagi Esther menghiburkan keluarganya...

Read more...

Konsert Ke -9 : Membawakan 3 Lagu (One Night Only, Semua Jadi Satu & Keeps Getting Better)

15 April 2009























Read more...

Selamat hari jadi

13 April 2009













UNIK!. Esther sedang menonton Anugerah Bintang Popular. Ketika ini Stacy sedang menerima piala sebagai "Artis Baru Paling Popular " . Harap-harap Esther pula selepas ini.





Photobucket





























Photobucket

Read more...
Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP