Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

Esther @ Nexus Karambunai

31 Mei 2009

Esther telah membuat lawatan ke tempat kerja lama beliau - Horizon Lobby Lounge, Nexus Karambunai pada malam 28 Mei 2009.

Bersama kakitangan Horizon Lobby Lounge, Salbiah dan Faezah


Bersama "penyanyi tetap dan berpencen" (Esther yang cakap aar...) -  Syikin (Top 20 OIAM 3) dan Linda (pengganti kedua Esther)

*Gambar diterima melalui MMS.


Read more...

Kontrak Esther mengelirukan

28 Mei 2009

Sumber : KOSMO!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


KETIKA juara One In A Million 3 (OIAM 3), Tomok atau Shah Inderawan Ismail sibuk dengan perjalanan seninya di bawah kendalian syarikat pengurusan Monkeybone, lain pula yang berlaku kepada finalis yang juga merupakan naib juara program realiti tv itu, Esther atau nama sebenarnya Elizabeth Applunius Chin.


Ada khabar angin yang mengatakan gadis kelahiran Sabah itu masih lagi terkapai-kapai dengan kariernya. Malah, sejak tamat OIAM 3, Esther belum pernah lagi melakukan sebarang persembahan pentas.


Dia juga dikatakan terpaksa menandatangani kontrak di bawah syarikat Monkeybone selama enam tahun dengan hanya menggunakan sebuah single baru yang telah pun dinyanyikan Esther pada malam final OIAM3.


Lebih menyukarkan pergerakan gadis ini, dia harus berdepan dengan prosedur untuk tidak mengambil sebarang undangan nyanyian luar yang di luar bidang kuasa Monkeybone dan stesen 8TV.


Disebabkan masalah yang sama juga, peserta tempat ketiga OIAM 3, Aweera membuat keputusan bergerak sendiri tanpa bantuan Monkeybone.


Bertanyakan tentang hal tersebut kepada Esther, dia terdiam seketika. Seperti mahu menyusun kata-katanya agar tidak mengecilkan hati sesiapa.


"Saya pun tak tahu bagaimana nak cakap sebab perkara ini masih belum jelas lagi.

Photobucket

"Buat masa ini saya tidak menandatangani sebarang kontrak kerana masih keliru dengan isi kandungannya sebab ada beberapa perkara yang saya tidak berpuas hati dengan syarat-syarat yang diberikan.


"Rasa seperti terkejut bila membaca kontrak itu, dengan hanya mempunyai sebuah single, saya kena ikat kontrak selama enam tahun. Dan kontrak itu saya terima sebelum final OIAM 3 lagi.


"Tapi setakat ini memang saya kurang faham dengan isi kontrak berkenaan dan saya perlu merujuk pada keluarga saya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.


"Kontrak itu berkaitan dengan lagu single baru yang saya nyanyikan pada konsert final itu. Yang peliknya, saya belum tandatangan kontrak apa-apa lagi, tapi sudahpun dijual, macam mana?" ujarnya.


Tambah Esther, belum sempat lagi menandatangani kontrak tersebut, kontrak baru pula yang muncul.


"Kontrak itu diubah dari enam tahun kepada enam bulan pula. Jika saya 'tidak laku' di pasaran, kontrak itu mungkin akan terhenti setakat itu sahaja," ujarnya dengan nada buntu.


Selain itu, ketika membuat perbincangan mengenai konsep album pula, pendapat Esther seperti tidak mahu diterima.


Cadangan yang diberikan Esther untuk menampilkan konsep muzik soulful pop bagaimanapun dikatakan tidak sekata dengan trend muzik tempatan kini.


"Saya mahu membuat lagu jenis muzik Amy Winehouse tetapi diberi sedikit elemen tempatan kerana rentak jenis itu masih belum ada lagi di Malaysia.


"Tetapi mereka seperti kurang yakin dengan apa yang saya mahukan. Pihak TV8 mengatakan album saya tidak akan laku jika membawakan muzik seperti ini.


"Sepatutnya kita perlu mencuba sesuatu yang baru. Saya dapat lihat yang mereka tidak berpuas hati dengan cadangan saya. Mereka pun tidak beritahu saya pun konsep yang bagaimana mereka inginkan," tuturnya.


BUAT PERSEMBAHAN TANPA DIBAYAR


Berhijrah ke kota metropolitan yang segala-galanya perlukan wang dalam setiap pergerakan, membuatkan gadis ini terpaksa menerima keadaan susah demi cintanya pada muzik.



Apalagi bila bersendirian tanpa keluarga di sisi, agak sukar untuk Esther memulakan kehidupan baru di kota yang penuh dengan pancaroba ini.


Namun, sedikit tekanan yang dihadapinya kerana hingga kini, dia langsung tidak menerima sebarang undangan nyanyian. Malah, pihak Monkeybone juga dilihat lebih fokus pada Tomok sehingga mengabaikan dua finalis itu.


"Buat masa ini memang saya tiada sebarang undangan nyanyian tetapi untuk bulan hadapan, sudah ada beberapa undangan di Sabah.


"Memang pihak Monkeybone memberi peluang kerja kepada saya untuk membuat persembahan. Tetapi itu semua dibuat secara percuma tanpa bayaran kerana ia adalah satu permulaan untuk promosi kerjaya saya.


"Saya tidak kisah. Cuma bila berpindah ke sini, saya perlukan hasil pendapatan untuk menampung kos sara hidup saya di sini. Sampai bila nak macam ini.


"Saya tak kisah dibayar cara token buat sementara waktu. Maklumlah, kita pun kena fahamkan sebagai orang baru, orang tak kenal sangat dengan bakat yang kita ada," luahnya.


TAKUT DIAMBIL KESEMPATAN


Jujurnya, jika mahu ikutkan hati, Esther lebih selesa jika kariernya diuruskan oleh Monkeybone sendiri. Bukan mahu mengampu, cuma keadaannya yang masih terumbang-ambing dengan kontrak yang masih menjadi persoalan membuatkan dirinya buntu.



Malah bergerak sendiri atau mencuba ke label lain juga boleh memberi kesan terhadapnya jika tersilap langkah.


"Memang saya banyak menerima tawaran untuk mengikat kontrak dengan label luar, tetapi saya kurang yakin sedikit.


"Terus-terang saya katakan, saya takut jika diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sebab itu saya memerlukan orang yang biasa dengan saya sebelum ini.


"Kalau boleh biarlah Monkeybone yang uruskan. Cuma saya mahu sedikit kelonggaran dalam syarat-syarat yang ditentukan dalam kontrak tersebut.


"Rasanya ia masih boleh dirunding lagi. Sebab memang ada syarat-syarat yang sedikit tidak relevan," katanya.


Bagaimanapun, kata Esther lagi, dengan keadaan yang bagaikan 'terabai' ini, dia tidak pernah menyesal dengan pertandingan yang disertainya.


"Saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya buat sepanjang OIAM 3. Cuma kecewa sedikit dan dilema ke mana arah tuju saya.


"Inilah realiti kehidupan seorang artis yang terpaksa ditempuhinya dahulu sebelum mendapat kemanisan dalam kerjaya," ujarnya lagi.

Read more...

Gambar-gambar Esther di LTAKK & Majlis ramah mesra dengan EFC Kg Kopungit

24 Mei 2009



Esther bersama finalist Sugandoi 2009 (Pertandingan nyanyian tahunan di sabah)








Hidangan untuk ahli-ahli Esther Fan Club, Kg Kopungit




(DARI KIRI BERDIRI) Presiden EFC-Sdra Thomas, Mrs Abaldo, mak Esther, Esther dan abang Esther - Charlrossi



Video di bawah ini tiada kaitan dengan sambutan di atas.  Pihak admin menemuinya baru-baru ni juga.  Ternyata Esther mempunyai bakat menyanyi yang luarbiasa sejak kecil lagi.  Esther pernah menjuarai pertandingan nyanyian "Bintang Kecil" peringkat Kebangsaan.
 

Video Esther pada tahun 1998

Read more...

Esther @ Pertandingan Akhir Sugandoi & Kaamatan Kg Karanaan





Esther, Aldina (kakak Esther) dan peminat








Esther ditemuramah oleh Penyampai Radio Sabahan FM - DJ Iter




Rakaman sesi temuramah Oleh DJ Iter @ Sabahan.fm


Esther di Kg Karanaan, Tambunan bersama dif dif kehormat


Esther bersama YB Timbalan Ketua Menteri Sabah/Huguan Siou(Pemimpin Agung suku Kadazandusun) dan isteri


Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut hadir



Ni mesti nak ambil gambar Esther kan?

Read more...

Shuib On Sunday: Esther

22 Mei 2009

Photobucket

Source : NST


Babe, you sure are going places

ESTHER, you are one amazing babe and you sure have my vote.

You may have been pipped by Tomok, but you are a million ringgit winner in my eye.

Esther was leading for the most part of the singing competition which offered a million ringgit winner-take-all package.

Even when she started the last leg of 8TV's One In A Million competition, Esther was the one, the SMS votes had decreed.

Why, even the past two champions of One In A Million were female.

But it was not to be Esther, who is also known as Elizabeth Applunius Chin.Tomok was the man of the hour. A later surge of SMS votes proved that lady luck was shining on him and boy, was he good too. So close.

Yes, such are the vagaries of showbiz, Esther.Still, all is not lost for Esther. The Sabah lass is a winner for the exposure she got and the promises that hold.

Just look at the previous "first runners-up", multiple-award winner Faizal Tahir and Shila Amir Hamzah, and Esther should know that she is in great company. When I talked to her on Wednesday, she sounded a trifle disappointed. But she soon got out of it.

The pocket dynamite Esther -- standing at a little below five feet -- has solid vocals, the result of having sung since the tender age of 9.

Boy, what a voice. She has that raspy voice with a wide range and it sounds sweet and sexy, like when she belted out a medley of One Night Only, Semua Jadi Satu and Keeps Getting Better.

You got me there, babe."Taking part in One In A Million was the best thing to have happened to me," she said."I have taken so much from this competition. "Yes, I am frustrated that I didn't win. But I made so many good friends, learnt many things about showbiz and I sure had the best time of my life. "Working with a bunch of professionals like music director Aubrey Suwito, performance and motivational adviser Juita Jalil, wardrobe stylist Peter Lum, vocal trainer Ning Baizura and the production crew was simple amazing!"

Taking part in One In A Million also gave me a chance to be involved in music arrangement. "For instance, when I decided to sing a Maroon 5 number in the earlier rounds, I did it in rock 'n roll blues style. I never thought that was possible before.

"Yes, I've learnt so much from the show." Esther also remembers the less "serious" moments which were simply fun. "Sometimes after finishing class, we would all go to the rooftop of our apartment at midnight and take a dip in the pool!" Esther was also not ashamed to admit that she was constantly late for appointments, until she joined the competition.

"I would take my own sweet time to get things done but in the competition, everything moves really fast!"I'm now punctual and am able to organise my time better."Esther can now look forward to the possibility of cutting an album with 8TV's Monkey Bone Records.

The petite singer is keeping her fingers crossed that this will come through.Hmm, what kind of album would she be doing?"I'd love to do something like Amy Winehouse and Duffy. Soulful, R&B-based with elements of jazz. "And it would be lovely if I could do a duet with Faizal (Tahir).

"Esther, who idolises local acts like Jaclyn Victor, Anita Sarawak and Yuna, said that the competition reminded her of her younger days.

Those were the days when she followed her musician dad who did gigs all over Kota Kinabalu. Her dad, who played bassist, has his own band made up of his siblings and close friends.

"I had so much fun following him around, performing at weddings and the likes." Well girl, you are no longer just a wedding singer!

THE ESTHER TRIVIA

She was the champion in Bintang Kecil Kebangsaan 1998

Dreams of singing in Taiwan, Indonesia and America someday

Esther donned a designer outfit, thanks to Carven Ong, in the ‘OneIn A Million’ final show

Prefers satay over pizza l Mariah Carey over Whitney Houston

Sports Car over MPV

Sexy over Covered

Prefers Tomok over Ayu Damit (Season Two winner)

Listens to Etta James and Anita Baker

Read more...

Esther balik Sabah 20hb Mei 2009

13 Mei 2009

Soul Princess kita yang baru bergelar Naib Juara One In A Million 3 akan balik sekejap ke Sabah pada 20hb Mei 2009 ini.

Kepada semua peminat Esther yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu dan ada masa terluang, apa kata kalau kita sama-sama menyambut ketibaan beliau di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK). Pesawat yang membawa beliau dijangka mendarat sekitar 4.30 petang.

Anda semua digalakkan membawa "banner", "bunting", "placecard" dsb serta memakai pakaian berwarna "purple".

Admin blog difahamkan, wartawan-wartawan tempatan Sabah telah dijemput dan Sidang Akhbar kemungkinan besar akan diadakan sebaik sahaja Esther sampai ke LTAKK .

Read more...

Undi/Pilih/Request lagu "Menggapai Mimpi" di Hot/Era/SuriaFM!

12 Mei 2009

PERJUANGAN BELUM SELESAI!

Mari kita pastikan Esther dikenali sampai ke arena antarabangsa!.

Request "Menggapai Mimpi" di Hot FM Zon. Klik SINI(HotFM) .

Request "Menggapai Mimpi" di Hot FM Menu Muzik. Klik SINI (HotFM Menu)

Request "Menggapai Mimpi" di Hot FM Menu Muzik. Klik SINI (HotFM Korner)

Pilih "Menggapai Mimpi" di Era FM. Klik SINI(EraFM).

Request "Menggapai Mimpi" di Suria FM. Klik SINI(SuriaFM).


UNTUK MENDENGAR LAGU "MENGGAPAI MIMPI" Sila KLIK SINI

Read more...

Esther Tidak Sedih

04 Mei 2009


Dari www.gua.com.my



Bila ditanya para wartawan perasaannya, setelah Tomok diumumkan pemenang musim ketiga ‘One In A Million’, Esther menjawab dalam nada lega, “Akhirnya, ia (pertandingan) sudah habis.”


“Tahniah pada kawan kami. Jangan lupa kongsi ya (duit itu),” selorohnya.

Tiada tanda kecewa atau sedih, sebaliknya dia ceria berjenaka dengan para media dan peminat yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya.

“Ada sedikit kecewa lah tapi rasanya pengundi saya yang lebih kecewa. Sebelum naik ke pentas, saya berfikir, ini hari terakhir kami membuat persembahan jadi saya perlu membuat yang bagus sekali.

“Tidak terlintas di fikiran tentang soal menang sebab perasaan itu tidak ada. Kuat instinct itu walaupun diumumkan pada awal rancangan yang saya mendapat undian tertinggi kerana pada saya keputusan itu akan berubah.

”Katanya, walaupun keputusan undian tidak memihak kepadanya, namun dia bersyukur dengan apa yang sudah dicapai.

“Sebelum ini, di Akademi Fantasia saya langsung tidak layak bertanding. Tapi di OIAM, saya berjaya tembus ke KL dan masuk ke Top 3. Ia pencapaian paling tinggi saya. Dan bagi saya walaupun tidak menang, saya sudah melangkah ke industri muzik tempatan apabila sampai ke Top 3. Kini, saya mempunyai lagu sendiri (“Menggapai Mimpi”),” katanya gembira, yang terbuka kepada tawaran dari mana-mana syarikat rakaman yang ingin mengambilnya sebagai artis mereka.

Tambahnya lagi, sudah diberikan yang terbaik memandangkan malam itu dia masih kurang sihat akibat dari kepenatan kerana hanya tidur-tidur ayam sejak dua hari lalu. Jelasnya, dia terlalu penat kerana memikirkan pelbagai perkara.

Mengenai kritikan juri yang lagu pertamanya “Menggapai Mimipi” tidak dinamik, biasa-biasa saja, Esther mengakui lagu tersebut tidak memberikan impak pada diri serta vokalnya, lebih-lebih lagi selepas persembahan bertenaga Aweera.

“Aweera sudah bermula dengan persembahan yang begitu bertenaga, bila giliran saya, lagu yang dibawa itu perlahan, jadi tahap energy itu jatuh dengan ketara sekali.

”Tentang pilihan baju birunya, yang walaupun kelihatan cantik namun sedikit menonjol, jelas Esther saiz badannya yang montel sukar untuk memakai baju-baju yang disediakan.“Baju yang ada itu terhad. Ada baju yang tidak begitu ‘revealing’ tetapi ia tidak sesuai untuk dipadankan dengan lagu balada.”

Read more...

Esther @ Kaamatan Klang Valley. 2 Mei 2009

02 Mei 2009



Sayang Kinabalu(Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu)



Jambatan Tamparuli - (Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia/Timbalan Ketua Menteri Sabah turut menari tarian Sumazau/Sumayau



Photobucket
VVIP menari tarian sumazau sambil Esther menyanyikan lagu "Jambatan Tamparuli"


Photobucket


Photobucket
Esther membawa seorang peminat untuk menyanyi bersama di atas pentas!


Photobucket

Photobucket
Esther bersalaman dengan peminat no.1, Huguan Siou! yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah.


Photobucket
Dikerumuni peminat!



Presiden EFC bersama penyanyi "Lima Ribu Saya Tidak Gentar"






Peminat Esther @ Kaamatan Klang Valley

Read more...

Grand Final 1hb Mei 2009. Stadium Malawati.

"Menggapai Mimpi" - Diciptakan khas untuk Esther




"Please Don't Stop The Music" - Rihanna




Inilah dia Koordinator EOFC/EFC KL yang bertugas membahagikan tiket ; Aris Jo dan Pius


Pemandangan di pintu masuk Stadium Malawati pada jam 5 petang.


Panat berlatih: Haus mangkali si Esther dia bilang si Aris


Aeee?.....keluarga Esther sendiripun kana ada tiket? Iya.  Semua diwajibkan.


Rombongan dari Sabah....penuh warna-warni!


Agnes dan rakan-rakan yang kuat bersorak malam tu


Si Ryan..adik bongsu Esther pandai bergaya


Nah!!...kita lagi ni.  Segak, bergaya!


Pemegang tiket VIP perlu hadir awal ke Stadium.  Jam 6 petang!. 


Eh!...Salman Khan dengan Mariah Carrey kaini??
[Salah tu....Aldina (kakak Esther) dan Aris]


Penyokong Esther di luar Stadium


Roslin dan rakan-rakan dari Tambunan




Keluarga besar Esther dari Tambunan


Sebahagian daripada EFC UiTM yang kesemuanya seramai kira-kira 100 orang

Ahli EFC yang datang awal akan diberikan tiket VIP (duduk paling depan sekali)


Ini dia sebahagian dari 40 orang EFC PTPTL/MS University, Shah Alam - Diketuai oleh Pensyarah mereka; Angelica

AIKS!...awal-awal lagi teda 'reply'; dia bilang si Presiden EFC.  Apa macam ini?.


Sebahagian daripada pemegang tiket VIP .  Ada juga beberapa orang artis rakaman di kalangan yang berbaris ni. (Untuk Makluman; Felix AF3 pun bersama dengan kelompok penyokong ini, tetapi beliau tidak kelihatan di sini)


Nah! semakin ramai ahli EFC yang berbaju purple!


Ceriah bah! Yalah, Esther sedang mendahuli di awal konsert ini! (serta sepanjang minggu) 


Adui!..tidur plak si Ryan ni!


120 orang!. Itulah jumlah penyokong Esther yang ditempatkan di kawasan paling depan!!! Artis Rakaman Lenny Richard di kerusi no.2


Ermm...ging dari Tambunan...


Nah!...perasan juga si Tody yang ada jurukamera ambik gambar dorang!.Penonton di depan yang pakai tudung tu adalah mak cik -mak cik Esther dari Batu Pahat.


Tody dan rakan-rakan dari UM (EFC UM)


Pelajar PTPTL/MS University....malam ni kita in PURPLE bro!!!


Guru Tarian Esther! - Marryun dan Ella dari SIBKL


Erm....Kakak Esther dan rakan-rakan, all the way from Sabah!


Sementara menunggu keputusan, para peserta yang telah tersingkir membuat persembahan







Top 3 OIAM 3......yang penuh kontroversi, dikaitkan dengan skrip, keputusan terancang dan konspirasi.

Read more...
Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP