Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

Keratan akhbar

28 Februari 2009



Klik gambar untuk memperbesarkannya.
(Kredit :
DBOS-fm)

Read more...

Konsert minggu kedua - Mengenangmu (Kerispatih)

27 Februari 2009



Untuk membaca komen pembaca, sila ke bahagian bawah blog ini. Untuk membaca komen blogger(s), sila klik HB-Channel , Andrik dan RentakSejuta


Photobucket
Top 11

Photobucket
Kumpulan penyokong Esther yang semakin hot!

Photobucket
"Geng Keras" Esther

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Barisan "Tukang Sorak"

Kredit : RentakSejuta


Read more...

Konsert minggu pertama

21 Februari 2009

TAHNIAH Esther!!! WHY THE BECAUSE?. Kerana memenangi imuniti daripada penyingkiran dan seterusnya tidak memerlukan undian daripada penonton. (Sila ke bahagian bawah blog ini untuk melihat komen para peminat/penonton)



Ulasan bloggers:-


1. DBOS-fm

2. Hb-Channel

3. Andrik


Photobucket
Memperkenalkan : Kumpulan "tukang sorak"

Photobucket
GO GO Esther!

Photobucket
Pemegang "banner" diberikan satu tempat khas

Photobucket
Paul Moss dan Syafinaz : Dari tempat duduk EOFC

Photobucket

Photobucket
TOP 12 semasa pemenang imuniti diumumkan

Read more...

OIAM 3: Bakat Esther, Amylea paling 'digeruni'?

17 Februari 2009

Sumber : mStar


PERSAINGAN
antara peserta program One In A Million musim ketiga (OIAM 3) kali ini ternyata memberikan saingan yang sengit bilamana ramai di kalangan mereka adalah hebat-hebat belaka.


Buktinya, juri tetap Paul Moss yang telah menghakimi OIAM selama dua musim berturut-turut itu juga mengakui kenyataan tersebut.

Kata Paul, setiap peserta yang terpilih itu mempamerkan ‘jenama’ mereka tersendiri.


Disebabkan itu, sukar untuk dia membuat jangkaan tentang siapakah yang bakal memenangi pertandingan sengit itu.

Dua belas peserta terbaik One In A Million musim ketiga. -foto The Star oleh ONG SOON HIN


Bagaimanapun, Paul berkata tidak sukar untuk dia dan Shafinaz membuat keputusan ketika proses pemilihan 12 peserta terbaik itu.


Mereka adalah Nasharul Aweera Noriyissham (Aweera), Norafizah Mohd. Yasin (Pija), Muhammad Ridzuan Sharifuddin (Rizu), Anith Aqilah Sulaiman Lim (Anith), Nurhidayu Md. Tekhary (Ayu), Shah Indrawan Ismail (Tomok), Zulqarnain Jaafar (Nine), Fify Emielia Shazlin Ahmad Murshaidi (Fify), Simon Christopher (Simon), Rehana Mohd. Yunus (Han), Amylea Azizan (Amylea) dan Elizabeth Applunius Chin (Esther).



“Secara jujurnya, OIAM 3 adalah musim yang sangat baik dan sukar untuk saya mensasarkan siapa yang bakal memenangi program ini kerana keyakinan peserta yang menunjukkan persembahan di sini dan di pentas nanti adalah berbeza.


“Shafinaz sendiri mengatakan pertandingan ini sangat sengit,” kata Paul.

Esther (kanan) dan Amylea bakal memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain.


Namun begitu, Paul sempat memberikan komen mengenai beberapa peserta yang telah menonjolkan sedikit persembahan mereka semasa majlis sidang media program realiti itu di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Rata-rata ramai antara 12 peserta OIAM 3 menunjukkan persembahan yang baik dengan lontaran vokal yang memukau penonton lalu bergemalah sorakan dan tepukan gemuruh memenuhi ruang bilik itu.



Namun, apabila melihat senarai latar belakang masing-masing, kebanyakan daripada 12 peserta itu memberitahu tercabar dengan Esther dan Amylea.

“Esther mempunyai sedikit keistimewaan yang luar biasa. Apabila menyanyi, dia sangat ‘real’.

Paul Moss mengatakan Tomok mempunyai cara nyanyiannya tersendiri.


“Simon juga mempunyai auranya tersendiri. Amylea dan Tomok juga mempunyai cara tersendiri.

Simon tampil dengan aura tersendiri serta gemar menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu.


“Secara keseluruhannya, mereka semua memang layak memasuki OIAM 3 dan mampu menang,” jelas Paul.



Yang pasti, Paul mensasarkan setiap peserta mampu bersaing secara sihat dan mengharapkan

mereka semua mampu mencapai impian masing-masing selepas ini.


Esther pikat hati Paul



Esther atau Elizabeth Applunius Chin, 22, sudah bergelar penyanyi di negeri kelahirannya, Kota Kinabalu, Sabah sebelum menjejaki program realiti ini.

Mungkinkah Esther bakal bergelar juara?


Menurut gadis yang meminati muzik modern blues, R&B, Soul dan Jazz Fusion ini, dia pernah mempunyai album bahasa Kadazan-Dusun di Sabah pada tahun 2005. Walaupun begitu, Esther masih gerun untuk menyertai program ini setelah mengetahui dia bakal bersaing dengan ramai artis kelak.



“Saya berasa tergugat, tidak yakin dan tidak senang duduk apabila berada di top 20. Semuanya bermain di fikiran saya apabila mendapat tahu ramai di kalangan peserta yang terpilih adalah daripada kalangan artis.


“Saya takut sebab lagu penyanyi yang sedia ada selalu berkumandang di radio dan ramai orang telah mengenali mereka.



“Apabila saya melihat ramai sudah tersingkir, perasaan bimbang mula hilang dan takut pula hendak mengalah.


“Saya masih ingat lagi Paul ada memberitahu saya selepas saya menyanyikan lagu terakhir, dia kata saya nampak tua dari dahulu hingga sekarang.



“Selepas saya menyanyikan lagu Super Woman, dia ‘impress’ dengan cara nyanyian saya dan merasakan seolah-olah saya sedang mengalami situasi dalam lagu itu,” beritahu Esther yang merasakan Aweera, Amylea, Rizu dan Pija merupakan antara pesaing terdekatnya. Esther bagaimanapun berasa bertuah apabila dapat bersaing sekali dengan Amylea di mana sebelum ini dia pernah mengundi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 3 (AF3) itu semasa di dalam AF.

Esther menganggap Aweera sebagai pesaing terdekatnya.


Jika dulu saya meminati Amylea tetapi kini kami sama-sama bersaing dan berkongsi bilik lagi bersamanya serta Fifi dan Ayu,” luah Esther yang pernah mempunyai pengalaman menyandang gelaran juara dalam pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan RTM 1998.


Cerita Esther, dia pernah mengikuti ujibakat AF sebanyak tiga kali namun semuanya kecundang gara-gara masalah ‘over’.


“Semasa ujibakat AF yang pertama, juri mengatakan saya terlalu yakin. Jadi, sebab itu tidak terpilih.


“Kali keduanya, iaitu pada tahun lalu, saya dikatakan ‘over feel’ lagu yang dinyanyikan.


“Jadi, apabila layak memasuki pertandingan kali ini, saya mendapat satu ‘point’ untuk membuktikan yang saya tidak ‘over feel’ dan ‘over confident’ lagi,” tutur peserta yang mengagumi penyanyi Anita Baker ini.



Selain mempunyai vokal yang mantap, Esther turut menyedari keistimewaan jari ‘kontot’ di kakinya membawa tuah mengikut kepercayaan moyangnya.


“Saya tidak malu dengan jari ini malah merasakan ia memberikan tuah kepada saya.


“Oleh itu, saya akan mempersiapkan mental yang kuat sehingga ke setiap konsert mingguan nanti.


“Sekarang ini memang saya berasa sedikit tertekan disebabkan saya perlu memilih dua buah lagu ‘in advance’ sebelum dipilih untuk dinyanyikan di konsert nanti,” kata anak kelima daripada lapan beradik ini.

Read more...

Esther @ Top 12 Press Conference, 13/2/2009, KL Tower

16 Februari 2009



Read more...

Profil Esther @ laman web OIAM 3

14 Februari 2009




Read more...

Esther @ Auditon

02 Februari 2009







Read more...
Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP