Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

JOM kita HANTAR Esther ke FINAL!!!

18 April 2009



BAGI PIHAK Esther OIAM 3 dan keluarga serta pengurusan Esther Fan Club, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan padu, semangat, usaha serta pengorbanan anda dari segi wang, tenaga dan masa sehingga Esther berjaya ke peringkat ini. Kami percaya anda telah menilai Esther berdasarkan bakat, kegigihan serta peningkatan prestasi Esther setiap minggu. Kita semua tahu yang beliau telah berusaha untuk memberikan kelainan dan juga menghiburkan penonton yang berada di Sri Pentas 2 dan lebih - lebih lagi kepada peminat di luar. Begitulah impian sebenar Esther.

KINI hanya tinggal 4 peserta sahaja lagi dan 1 penyingkiran terakhir akan berlaku pada hari Jumaat, 24 April 2009. Konsert Akhir akan berlangsung pada 1 Mei 2009. Para peminat, penyokong dan pengundi Esther, anda telah menyelamatkan Esther OIAM3 sepanjang beberapa minggu ini dan Esther juga telah berjaya memberikan persembahan terbaik beliau sehingga diberikan imuniti sebanyak dua kali (pengundi telah dijimatkan kredit atas usaha Esther sendiri). Marilah kita terus menghantar Esther sehingga ke Konsert Akhir dan seterusnya merebut hadiah bernilai RM1juta. Bak kata pepatah, “Alang – alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara api, biar sampai jadi arang!. KITA TELAH HAMPIR MENGHANTAR ESTHER KE FINAL. Jangan biarkan Esther tersingkir di minggu kesepuluh!!. Cukuplah sekali kita melihat Esther berada dalam kelompok "bottom three" pada konsert ke-8 yang lalu. Semoga ini telah menjadi pengajaran kepada kita semua.

KITA JUGA menyedari banyak pujian, kritikan serta kutukan yang diberikan dan tidak kurang juga tulisan – tulisan dari pihak akhbar yang cuba merendah – rendahkan bakat serta keberadaan Esther. Namun terbukti anda tetap dengan pendirian anda, setia menyokong Esther dan tidak mudah terpengaruh. Syabas diucapkan!. Para peminat Esther sebenarnya bukan sahaja datang dari negeri kelahiran Esther, iaitu Sabah tetapi juga dari seluruh Malaysia. Ramai yang telah melawat blog EOFC serta memberikan kata – kata semangat untuk beliau. Esther juga seorang yang terbuka dan bersedia menerima sebarang komen dan cadangan membina dari para peminat.

Merujuk kepada respons beliau terhadap salah seorang pengkritik semasa beliau menyanyikan lagu "Lagenda", ia bukanlah kasar, kurang sopan atau biadap seperti yang ditulis di dalam surat khabar. "Well", kita semua lebih arif dan lebih mengenali Esther.

KAMI mendorong serta mengalu – alukan semua peminat/penyokong/pengundi untuk terus bersatu menyokong dan menghantar undian untuk Esther. Sebarang pendapat untuk menaikkan lagi undian Esther OIAM3 adalah digalakkan untuk dikongsi bersama di forum http://esther-oiam.activeboard.com/ atau mesej ke esther_fc@yahoo.com

SEKALI LAGI, jutaan terima kasih kepada anda semua.

JOM KITA SAMA-SAMA HANTAR ESTHER KE FINAL!.

Apa tunggu lagi, teruskan mengundi, taip

YA ESTHER dan hantar ke 33399 ATAU YES ESTHER and send to 33399.



Gambar-Gambar Esther @ Kota Kinabalu Semasa Sesi Penggambaran VT pada 19 April 2009



Ini dia rumah EFC Kolopis merangkap EFC KK


Ini dia saudara - mara, penyokong dan pengundi Esther


Orang kuat, wahhh!!!!


Esther diapit oleh kakaknya dan machoman, aiseh...


"Ini sup sadap ni Ganesh, try la...." Kata Esther kpd Ganesh 8tv, hihi!


Esther bersama kakaknya dan orang kuat Esther jugak..


Esther bersama keluarga dan Ganesh 8TV menjamu selera d Hyatt Regency Hotel KK


Wah!... sempat lagi Esther menghiburkan keluarganya...

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

kagum dgn suara esther merdu, anak bujang sa pun minat suara esther. satu pesanan sa pada esther cuba le susutkan berat badtan tu.

Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP