Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

Esther Tidak Berpatah Balik

30 April 2009



Selepas kegagalan sebanyak empat kali di ‘Akademi Fantasia’, adakah kali ini Esther berjaya merangkul gelaran juara di musim ketiga ‘One In A Million’? Mungkin ada yang melihat pencapaiannya sehingga ke Top 3 sesuatu yang patut dibanggakan. Kerana, seperti yang didedahkan anak kelahiran Sabah ini, belum pernah lagi sehingga kini dimana-mana pertandingan yang disertainya dapat dia “tembus hingga ke Kuala Lumpur”.

Mula menyanyi sejak dia berusia sembilan tahun, Esther mengambil masa tiga tahun untuk membina keyakinan dirinya sebelum dirasakan layak untuk bertanding di OIAM. Menurutnya ketika itu, repertoire lagu Bahasa Inggeris dan Melayu-nya tidak mencukupi untuk menyertai OIAM.

Nampaknya, berbaloi juga usaha Esther yang bakal mendendangkan lagu Rihanna “Please Don’t Stop The Music” dan karya Sharon Paul, “Mimpi” pada malam kemuncak OIAM3.

Apa yang dirasakan kelebihan Esther berbanding Tomok dan Aweera?

Suara saya kerana belum lagi ada persamaan dengan orang lain. Dari segi persembahan, saya tak suka serius sangat. Untuk Grand Finale nanti, saya akan lebih menumpukan pada vokal dan persembahan. Tiada gimik. Saya juga telah koreograf satu persembahan tarian untuk lagu kedua saya.

Adakah dirasakan sebab Esther satu-satunya finalis perempuan ini memberikan anda satu advantage?

Saya kurang pasti jika disebabkan saya finalis perempuan yang terakhir ia memberikan saya kelebihan kerana orang luar yang tentukan.

Apa pandangan Esther terhadap saingan anda, Tomok dan Aweera?

Saya memang kagum dengan Tomok sejak sesi ujibakat lagi bila dimintanya bantuan saya cara membawa lagu balada. Saya terkejut dia mampu membawa lagu genre sedemikian kerana sepertimana yang ramai tahu, lagu yang dibawanya sebelum ini dengan New Boyz amat berbeza.Tak dinafikan kelebihan Aweera adalah pada kemampuannya membawa not yang tinggi.

Siapa pilihan Esther untuk menang OAIM3 jika tahun ini bukan rezeki Esther?

Tomok

Ada khabar angin mengatakan Esther akan dijadikan juara.

Pada saya, keputusan akhir belum diketahui lagi. Tomok dan Aweera juga mempunyai peluang yang besar untuk memenangi wang RM1juta itu. Bila dilihat, pada minggu pertama, ya, saya berada di tangga atas tetapi selepas itu, Tomok dan Aweera juga berjaya menduduki tempat pertama di tangga undian.

Perancangan selepas OIAM3 jika tidak menang?

Iya-lah, keputusan ini yang benar-benar menakutkan saya. Saya memang kecewa jika saya tidak menang, tapi saya tidak akan patah balik ke Sabah. Saya akan teruskan dengan usaha untuk mencapai cita-cita saya kerana syukur, disebabkan OIAM saya sudah dikenali. Saya akan cuba keluarkan single walaupun setakat ini belum lagi menerima tawaran mana-mana syarikat rakaman.

0 komen:

Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP