Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

PENGUMUMAN PENTING UNTUK EFC

25 April 2009

KONSERT GRAND FINALE

Kepada semua ahli EFC yang ada akses internet, anda diminta masuk ke laman web 8TV. Sila klik DI SINI dan pilih sama ada anda mahu Top 2 atau Top 3 beraksi di konsert Grand Finale (GF) nanti.

Harus diingatkan bahawa, sekiranya anda memilih Top 3, maka:-

(i) Tiada penyingkiran akan dibuat di permulaan Konsert GF; dan

(2) Segala undian yang terkumpul sejak jam 10.30 malam, Jumaat lepas (24 April) sehingga 9.30 malam Jumaat depan (1 Mei) akan diambilkira bagi menentukan juara.

SEBALIKNYA, sekiranya anda memilih Top 2, maka:-

(1) Akan ada penyingkiran sebelum Konsert GF; dan

(2) Undian kita selama satu minggu iaitu sejak jam 10.30 malam, Jumaat lepas (24 April) sehingga 9.30 malam Jumaat depan (1 Mei) akan di"reset"(dikosongkan semula) dan untuk menentukan juara, proses undian semula akan dibuat sepanjang siaran langsung GF.

OLEH ITU, UNTUK MENGELAKKAN PEMBAZIRAN, SEMUA AHLI EFC DIMINTA MEMILIH "TOP 3" dan teruskan mengundi seperti biasa, taip YES ESTHER dan hantar ke 33399


ESTHER AKAN MENYANYIKAN LAGU CIPTAAN SHARON PAUL


Untuk pengetahuan anda semua, di Konsert GF nanti, Esther akan menyanyikan sebuah lagu baru berentak "Power ballad" ciptaan komposer terkenal Sharon Paul. Tajuk lagu masih belum ditentukan oleh Sharon.


LATIHAN MENARI



Photobucket


Inilah guru-guru tarian Esther yang juga merupakan ahli EFC. (Dari kiri) Nisi,Marryun dan Ella.



UNDI, UNDI DAN UNDI TERUS!!!



Laporan Oleh Bip Blessie (Wartawan EOFC Di Sabah)


EFC Sabah telah memulakan secara besar-besaran aktviti kempen mengundi “YA ESTHER” di seluruh Sabah.

Keluarga Esther dan pengurusan EFC merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada (i) YB Datuk Ghulam Badar Khan kerana sudi memberikan sponsor kepada penduduk Kg Padawan, Kg Titimboungon dan Kg Kinuta, Papar; (ii) Timbalan Ketua Menteri Sabah @ Huguan Siou, YB Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan Encik Nayan atas pemberian sponsor kepada penduduk Tambunan; (iii) Beberapa individu yang bermurah hati memberikan bantuan kepada peminat Esther di kawasan Ranau; (iv) Puteri UMNO Sabah; dan semua dermawan yang sedang berusaha merealisasikan impian Esther (dan visi EFC) untuk dinobatkan sebagai JUARA OIAM musim ke-3.

Usaha terus-menerus serta kerjasama padu semua pihak amat diperlukan untuk kita mencapai visi ini.

0 komen:

Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP