Konsert minggu ketujuh - Sweet About Me
28 Mac 2009
Ulasan bloggers ---> 1. DBOS-FM 2. Andrik 3. HB-Channel
FENOMENA ESTHER!
Esther sekali lagi menyandar kepada Vokal tinggi untuk menyanyikan lagu Sweet About Me oleh Gabriela Cilmi sekali gus mencuri perhatian semua pihak.
Kali ini, dia menyelitkan aksi tarian robot. Rentak tariannya pula berubah daripada perlahan kepada cepat seiring dengan irama dan melodi lagu.
Selain itu, Esther menyulamkan variasi menarik pada persembahannya dengan `menghadiahkan' topi yang dipakainya kepada Syafinaz dan mengacah-acah sekuntum bunga ros kepada Moss.
Bunga ros itu bagaimanapun dihadiahkan kepada hos yang ayu, Marion Caunter di akhir persembahan.
Mengulas prestasi Esther di akhir persembahan penyanyi itu, Syafinaz mengklasifikasikan Esther sebagai satu "fenomena".
"Ini kerana ke mana saya pergi, semua akan tanya saya mengenai Esther. Mereka begitu terpesona dengan kekuatan. Persembahan malam ini adalah satu yang lain daripada Esther," ujarnya sambil menambah keseksian Esther `tak lebih-lebih'.
Moss mengenal pasti suara Esther yang bervokal tinggi sebagai suatu asetnya-mSTAR SETERUSNYA.
1 komen:
hehehehehe...seronoknyer ade gmabr kami dlm blog nie...hgehehehhehe
Catat Ulasan