Request lagu "Menggapai Mimpi" di stesen-stesen radio



Untuk request, sila klik logo di bawah




[ Copy this | Start New | Full Size ] TAK DAPAT BUKA chatango ni?...cuba KLIK SINI

Esther Tidak Sedih

04 Mei 2009


Dari www.gua.com.my



Bila ditanya para wartawan perasaannya, setelah Tomok diumumkan pemenang musim ketiga ‘One In A Million’, Esther menjawab dalam nada lega, “Akhirnya, ia (pertandingan) sudah habis.”


“Tahniah pada kawan kami. Jangan lupa kongsi ya (duit itu),” selorohnya.

Tiada tanda kecewa atau sedih, sebaliknya dia ceria berjenaka dengan para media dan peminat yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya.

“Ada sedikit kecewa lah tapi rasanya pengundi saya yang lebih kecewa. Sebelum naik ke pentas, saya berfikir, ini hari terakhir kami membuat persembahan jadi saya perlu membuat yang bagus sekali.

“Tidak terlintas di fikiran tentang soal menang sebab perasaan itu tidak ada. Kuat instinct itu walaupun diumumkan pada awal rancangan yang saya mendapat undian tertinggi kerana pada saya keputusan itu akan berubah.

”Katanya, walaupun keputusan undian tidak memihak kepadanya, namun dia bersyukur dengan apa yang sudah dicapai.

“Sebelum ini, di Akademi Fantasia saya langsung tidak layak bertanding. Tapi di OIAM, saya berjaya tembus ke KL dan masuk ke Top 3. Ia pencapaian paling tinggi saya. Dan bagi saya walaupun tidak menang, saya sudah melangkah ke industri muzik tempatan apabila sampai ke Top 3. Kini, saya mempunyai lagu sendiri (“Menggapai Mimpi”),” katanya gembira, yang terbuka kepada tawaran dari mana-mana syarikat rakaman yang ingin mengambilnya sebagai artis mereka.

Tambahnya lagi, sudah diberikan yang terbaik memandangkan malam itu dia masih kurang sihat akibat dari kepenatan kerana hanya tidur-tidur ayam sejak dua hari lalu. Jelasnya, dia terlalu penat kerana memikirkan pelbagai perkara.

Mengenai kritikan juri yang lagu pertamanya “Menggapai Mimipi” tidak dinamik, biasa-biasa saja, Esther mengakui lagu tersebut tidak memberikan impak pada diri serta vokalnya, lebih-lebih lagi selepas persembahan bertenaga Aweera.

“Aweera sudah bermula dengan persembahan yang begitu bertenaga, bila giliran saya, lagu yang dibawa itu perlahan, jadi tahap energy itu jatuh dengan ketara sekali.

”Tentang pilihan baju birunya, yang walaupun kelihatan cantik namun sedikit menonjol, jelas Esther saiz badannya yang montel sukar untuk memakai baju-baju yang disediakan.“Baju yang ada itu terhad. Ada baju yang tidak begitu ‘revealing’ tetapi ia tidak sesuai untuk dipadankan dengan lagu balada.”

0 komen:

Untuk mengundi Esther sila taip YES ESTHER dan hantar ke 33399.

  © 2008/2009 Esther Applunius™/TanakwaguKL™/Becky84sabah™/Ayuki™/Miz Ikizino3™/Christy_Benedict. Hakcipta Terpelihara. Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com

Back to TOP